PENGISIAN CERAMAH:
1. Definisi ceramah:
a. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke – 4 ceramah ialah ucapan membicarakan sesuatu perkara.
b. Pengemukaan fikiran atau idea-idea melalui perucapan dan disampaikan secara dua hala.
c. Berupa penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum iaitu topik yang disampaikan penceramah kepada khalayak.
2. Ciri-ciri ceramah:
a. Kata-kata aluan (salutasi) mengikut protokol
b. bahasa biasa
c. bermaklumat/fakta/menguasai bidang tersebut secara mendalam
d. keyakinan berbicara/
e. pakar/berpengetahuan dalam tajuk pengucapannya
f. Ketrampilan/aura
g. Menguasai penonton
3. Tujuan ceramah:
a. Memujuk :
merupakan proses seseorang perucap mempengaruhi, mengubah
sikap, kepercayaan,pemikiran atau tindakan audien sasaran.
b. Memberi maklumat:
menerangkan konsep, idea, perkara, proses, situasi dan sebagainya.
c. Menghibur:
biasanya dibuat untuk pendengar berhibur dan bergembira.
4. Prinsip-prinsip asas penyampaian ceramah:
a. Pengumpulan bahan
b. Penyusunan bahan/isi
c. Penguasaan ilmu
d. Gaya bahasa
e. Penyampaian
5. Langkah-langkah penyediaan ceramah:
a. Menangani kegugupan
b. Menganalisis audien dan majlis
c. Mengumpul idea dan maklumat
d. Menyusun bahan ceramah
e. Merancang pengenalan ceramah
f. Merancang penutup ceramah
g. Membuat latihan
h. Menyampaikan ceramah
i. Penilaian ceramah
6. Format
a. Pengenalan
i. kata-kata aluan, penghargaan
ii. latar belakang tajuk
b. Isi
i. Sebutkan penanda pada idea/hujah dengan menggunakan alat penyambung aat
ii. Sampaikan idea/hujah satu persatu mengikut keutamaan
iii. Sokong idea/hujah dengan bukti, fakta
c. Penutup
i. Kesimpulan/rumusan tentang ceramah
1. Rumus dengan analogi, pertanyaan, scenario dll
ii. Tutup ceramah dengan salam/ucapan selamat / ucapan terima kasih
7. Gaya bahasa
a. Bahasa adalah alat yang digunakan bagi menyampaikan maklumat, bertukar pandangan dan berkomunikasi
b. Penguasaan sesuatu bahasa dan kemahiran dalam menggunakan bahasa menjadi factor penting.
c. Penceramah yang mempunyai tahap bahasa yang baik sudah pasti memikat dan memukau penonton.
8. Gaya bahasa yang sesuai
a. Kosa kata dan istilah yang difahami
b. Pilih kosa kata yang tepat
c. Elakkan pengucapan ke arah yang negatif
d. Bersahaja dalam pengucapan
9. Aspek emosi
a. Bahasa mempunyai emosi tersendiri dan hadirin sahaja yang merasainya apabila mendengar bahasa ang diucapkan oleh penceramah. Penceramah yang berkesan boleh membuai perasaan atau semangat hadirin.
b. Struktur ayat yang betul dan perkataan yang sesuai, boleh menarik perhatian mereka.
c. Pilihan perkataan yang sesuai dan tepat mampu membuaikan perasaan/emosi hadirin
10. Aksi penyampaian
a. Kelakuan tangan(gestures) seseorang penceramah boleh membawa makna tertentu semasa berceramah.
b. Kelakuan tangan melibatkan – penggunaan jari-jari, lengan dan kedua-dua tangan
c. Goyangan badan
d. Goyangan kepala
e. Menyokong perkataan/ucapan contoh, menunjukkan 3 jari bagi menyatakan 3 perkara penting/menunjukkan tapak tangan mengarah kepada penonton supaya bersabar
f. Mengukuhkan hujah
g. Membakar semangat hadirin atau
h. Mencabar hadirin
i. Menyatakan tidak bersetuju
j. Contoh air muka
i. Senyum gembira
ii. Marah
iii. Takut
iv. terkejut
k. temu mata(eye contact)
i. menggambarkan keyakinan diri, peka, minat, ikhlas dan komitmen
ii. kekurangan temu mata menggambarkan helah, tidak ikhlas, tidak minat dan tidak komited
iii. teknik temuan mata ketika berceramah
1. melihat hadirin dengan cara huruf z
2. melihat dahi/kepala hadirin
l. penggunaan ruang(proximity)
i. ruang pergerakan yang luas
m. suara yang jelas(clarity)
i. aplikasi unsur supra-segmental dalam penyampaian/prosodi
1. intonasi
2. jeda/hentian
3. mora
n. kelancara(fluency)
i. menghidupkan suasana
ii. jangan terlalu laju/sebaliknya
iii. penyebutan perkataan dan ayat perlu jelas
iv. elkkan dialek, jika perlu dalam situasi yang sesuai
o. pakaian
i. pakaian yang sesuai menambah daya tarikan dan penampilan diri/imej
No comments:
Post a Comment